Pages

Search

Friday, April 1, 2011

PERASAN USTAZ - KOLEKSI IBLIS



assalamualaikum. haha, agak kontroversi tajok ustaz kali ni. koleksi iblis?? macam ustaz ader koleksi iblis plak kan. haha, bukan macam tu, sebenarnyer ustaz ader beberaper video yang menunjukkan kononnyer iblis-iblis ni memujuk menggoda manusia dalam kehidupan seharian. dalil dan ayat al-quran akan disertakan sekali, insyaallah~ :)

sudah hampir setahun ader video ni, biler tngok..memang membuka mata dan fikiran supaya tidak terus tergoda dengan godaan syaitan. nak jugak??? haha, sabar.. sebelom ustaz tunjukkan koleksi-koleksi iblis yang ustaz ader, meh ustaz kenalkan dulu anak-anaknyer. memang terok setan ni, kecik-kecik dah jahat! rejam baru taw! 






1. Zalituun:
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin:
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan:
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf:
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah:
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud:
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim:
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan:
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus:
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

ok, yang ni tak termasok! hehe

nasihat terakhir ustaz, pandang juga pada nama-nama anak syaitan ini. harap tidak tersalah dan menamerkan anak-anak anda dengan nama ini. ok? renung-renungkan, dan selamat beramal~ :)

1 comment:

shahsyaz said...

wah, memberi info, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...